Err, first sekali Najwa nak minta maaf sebab entry ni lambat di publish-kan. Najwa akui Najwa semakin malas nak buka laptop buat masa sekarang atas faktor-faktor tertentu. Minta ampun yaa adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sekalian. Hehe :D
Nampak title entry tuu ? Tak nampak ?? Ermm, Najwa rasa korang perlu berjumpa pakar mata jika tak nampak title entry tuu. Haha. Ehh, apa yang Najwa mengarut ni ?? Gasak jee laa. Apakah maksud di sebalik title entry tuu ? Tak tahu ?? Baca >> ENTRY << ni dulu baru tahu. Pastikan baca sampia habis tau ! Kalau tidak, korang akan disaman. Okay, back to the normal. Dah penat dah melalut tak tentu hala. Bukan lawak pun, kan.
Dah baca ?? Bagusss!! Jom tengok sebab-sebabnya. Najwa hargai beberapa orang blogger yang sudi memberi pendapat. Okey, Najwa akan menyatakan sebab-sebabnya. Tapi sebelum tuu, seriously Najwa cakap. Najwa bukan frust dengan first love. Juga bukan seorang playgirl. Najwa hanyalah seorang Najwa yang sederhana. Tidak sebegitu baik dan tidak juga jahat. Tetapi berusaha menjadi yang sebaik mungkin dengan izin Allah SWT.
Antara sebab Najwa tak nak bercouple sampai form 5 ialah ;
- Menyahut cabaran seorang ustazah yang mencabar anak angkat Yayasan Johawaki supaya tidak bercouple sehingga tingkatan 5.
- Rasa terkongkong dengan larangan teman lelaki yang melarang kita melakukan itu dan ini seolah-olah kita milik mereka sepenuhnya. ( tak pernah berlaku pada Najwa lagi )
- Tak mahu mainkan perasaan orang. Takut itu yang akan berlaku kepada Najwa suatu hari nanti.
- Ingin bebas melakukan apa sahaja, bebas bergaul dan berbicara dengan sesiapa sahaja.
- Kalau kita tak pandai nak seimbangkan antara pelajaran dan percintaan, nescaya nanti sesi pembelajaran kita akan terganggu. ( Eyjalukman )
- Setiap manusia diciptakan berpasangan. Jadi, mengapa kita harus risau jika tidak bercouple ? Sampai masanya, kita pasti akan berjumpa dengan pemilik tulang belakang kita. ( Hana Nabilah )
- Malah, mungkin juga keputusan peperiksaan kita akan merosot dengan teruk disebabkan terlalu asyik dilamun cinta yang entah apa-apa. ( Aida Omar )
- 7 fakta SINGLE ITU BEST :
( copy dari facebook )
1. Nak keluar dengan kawan2 lelaki/perempuan bebas
2. Nak mesej/call dengan kawan2 lelaki/perempuan takde limit
3. Tak perlu nak fikir pasal orang lain
4. Tak akan mengalami masalah gaduh dengan bf/gf4. Mendapat tidur yang secukupnye
5. Telinga tak sakit dengar bebelan
6. Duit boleh simpan, takde nye nak topup untuk kapel ke, belikan hadiah ke kan
7. Single is simple, Double is trouble
Tuu antara sebab-sebabnya. Rasanya ada lagi yang Najwa nak nyatakan. Tapi, setakat ni jee yang Najwa ingat. Bagi korang mungkin macam lain pulak, kan. Bercinta tuu hak masing-masing. Tetapi, pandai-pandailah jaga maruah diri bagi kaum hawa di luar sana.
Okey laa. Get lost dulu.
--Assalamualaikum--
eh.. betul eh akak teka. hehe.. bagus najwa.. akak doakan najwa dipermudahkan menjawab exam nanti dan berjaya kelak :) InsyaAllah..
ReplyDeleteTerima kasih kak aida :)
Delete