ツ Terjah Entry Terkini! ツ

Thursday 10 October 2013

Pemenang Simple Giveaway by Najwa Ayuni!


Assalamualaikum.

Akhirnya, berkesempatan jugak Najwa nak umumkan para pemenang bagi Simple Giveaway by Najwa Ayuni. Sekalung penghargaan diucapkan kepada korang semua yang sudi join. Hee. Maaf laa yeaa sebab lambat umumkan pemenang. Kalau korang tak tersenarai, jangan laa sedih. In sha Allah, rezeki korang akan sampai jugak nanti.



Bloglist x 20 - Blog Najwa Ayuni
(lihat di sidebar bertajuk AMAZING BLOGGER)

Brooch x 3 (TUNTUT DI SINI)
25. http://taiptaipkeyboard.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-by-najwa-ayuni_27.html
27. http://thesunshinesgirl.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-by-najwa-ayuni.html
35. http://sarahsophia99.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-by-najwa-ayuni.html

Button Badge x 3 (TUNTUT DI SINI)
14. http://theonlydaughteroflee.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-by-najwa-ayuni.html
41. http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-by-najwa-ayuni.html
18. http://lienliedot.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-by-najwa-ayuni.html

Set Shiseido Mask x 2 (TUNTUT DI SINI)
4. http://ga-contestdansegmen.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-by-najwa-ayuni.html
32. http://ifahpunyalifestory.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-by-najwa-ayuni.html

Mustache Necklace x 1 (TUNTUT DI SINI)
8. http://exohomestory.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-by-najwa-ayuni.html

Souvenir Pen from Tourism Malaysia x 1 (TUNTUT DI SINI)
23. http://cahayasirius.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-by-najwa-ayuni.html

Rumpai Laut Gred AAA x 1 (TUNTUT DI SINI)
13. http://umikasum.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-by-najwa-ayuni.html

Felt 'Fruitimal' Keychain x 1 (TUNTUT DI SINI)
3. http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-by-najwa-ayuni.html

Ovaltine Trial Sachet x 1 (TUNTUT DI SINI)
20. http://superpapaya.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-by-najwa-ayuni.html

Inner Bawal x 1 (TUNTUT DI SINI)
17. http://bondaqalish.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-by-najwa-ayuni.html

Set Cadar x1 (TUNTUT DI SINI)
6. http://chocollyheart.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-by-najwa-ayuni.html




Kepada para pemenang, sila copy paste dan lengkapkan form ini semasa berurusan dengan sponsor. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih :)
Assalamualaikum. Saya salah seorang daripada pemenang Simple Giveaway by Najwa Ayuni. Terima kasih sudi sponsor. Berikut adalah butiran diri saya :

Nama :
Alamat :
No. Telefon :
Link penyertaan : 
 Barang yang dimenangi :


Sebenarnya, draf untuk pemenang GA ni dah lama tersimpan dalam blog. Cuma Najwa tak sempat nak publish-kan jee sebab busy dengan trial segala bagai. Now, PMR dah TAMAT! I feel so free, now! Lepas ni boleh laa Najwa blogging macam biasa. Doakan Najwa mendapat result yang cemerlang, gemilang lagi terbilang nanti tau. Huhu.

Assalamualaikum.


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Sunday 8 September 2013

TIPS : Panduan Menjaga Kulit Muka


Assalamualaikum.



Umum mengetahui bahawa setiap gadis yang menginjak ke usia remaja pasti sahaja mempunyai masalah dengan kulit muka mereka. Jadi, hari ni Najwa nak kongsikan beberapa panduan untuk menjaga kulit muka dengan betul mengikut masalah kulit korang.

1. Panduan menjaga kulit kering
  • Jika kulit anda kering, elakkan membersihkan wajah tanpa menanggalkan solekan terlebih dahulu. Gunakan tisu basah, atau pembersih khas solekan terlebih dahulu.
  • Bersihkan solekan di mata dengan berhati-hati. Kulit di sekitar mata amat sensitif. Jika tidak berhati-hati, ia akan mengakibatkan masalah lingkaran gelap bawah mata.
  • Jangan menggunakan skrub wajah yang mempunyai biji. Penggunaan skrub berbiji akan menggalakan pengelupasan kulit.
  • Gunakan serum atau pelembap muka setiap hari.
  • Ambil supplement yang sesuai jika masalah ini berlarutan. 


2. Panduan menjaga kulit sensitif
  • Elakkan menggunakan produk yang mempunyai alkohol, wangian atau lanolin. Bebas pewangi tidak bermakna ia bebas kimia. Anda cuma perlu teliti dalam memilih produk.
  •  Jangan kerap menukar produk. Sebaiknya, setia pada produk yang terbaik untuk anda.
  • Jangan bersolek secara kerap apatah lagi solekan yang tebal.
  • Pilih skrub yang mempunyai ekstrak tomato atau epal kerana ia mengurangkan iritasi pada kulit.


3. Panduan menjaga kulit berminyak
  • Bersihkan wajah anda sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  • Gunakan tuala khas untuk mengelap wajah anda. Jangan menggunakan tuala yang sama untuk mengelap badan kerana kulit berminyak sangat sensitif.
  • Pilih supplement yang mengandungi Vitamin C organik.


4. Panduan menjaga kulit kombinasi
  • Jika anda ingin tahu kulit jenis ini, anda akan berasa kering pada beberapa kawasan dan licin di bahagian yang lain selepas mencuci wajah.
  • Elakkan membersihkan wajah dengan menggunakan produk yang berunsurkan krim kerana ia akan menyebabkan kekeringan dan pengeluaran minyak secara berlebihan.


5. Panduan menjaga kulit berjerawat
  • Jika anda mempunyai masalah ini, anda tidak disarankan untuk mencuci wajah secara kerap. Elakkan tabiat mencuci muka dengan kasar dan menggunakan produk pembersih wajah berkali-kali dalam sehari.
  • Seandainya anda berpeluh, pastikan anda mengelapnya terus. Usah biar ia kering sendiri dan meresap ke dalam kulit.
  • Elakkan memicit jerawat pada muka anda.

Sumber : ABC

Selamat mencuba!
Assalamualaikum.


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Thursday 5 September 2013

Simple Giveaway by Najwa Ayuni


Assalamualaikum.

 Bismillahirahmanirahhim. Sebelum PMR tiba, Najwa nak buat satu Simple Giveaway. Dah masuk bulan September - Oktober nanti rasanya blog Najwa dah kurang ber-update kott. Hee. Anyway, doakan Najwa dan batch 98' yang lain berjaya dalam PMR nanti yee. 




Syarat penyertaan :

1. Follow blog sponsor, like page sponsor dan add FB sponsor. *wajib
2. Buat entry bertajuk : Simple Giveaway by Najwa Ayuni
3. Tempek banner di atas dan backlink-kan semula ke sini.
4. Dah siap? Hantar link entry korang di ruang komen entry ini SAHAJA.


Follow blog sponsor :

Like page sponsor :

Add FB sponsor :


Senarai Hadiah :

Bloglist x 20
Brooch x 3
Button Badge x 3
Set Shiseido Mask x 2
Mustache Necklace x 1
Souvenir Pen from Tourism Malaysia x 1
Rumpai Laut Gred AAA x 1
Felt 'Fruitimal' Keychain x 1
Ovaltine Trial Sachet x 1
Inner Bawal x 1
Set Cadar x 1


Senang jee, kan? Tak banyak syarat pun. Nama pun Simple GA, kan. Hee. Najwa guna random.org sahaja untuk pemilihan pemenang. GA ni berlangsung selama 3 minggu jee. Harap ramai laa yang join, eaa. c(;
*scroll ke bawah untuk entry seterusnya*

-OFFICIALLY CLOSEST- 

Assalamualaikum.


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Tuesday 3 September 2013

Perancangan selepas PMR nanti


Assalamualaikum.



Oh yeahh! Najwa masih berkesempatan untuk berblogging dan join beberapa GA even tinggal lagi 3 minggu jee nak PMR. Bila cakap jee PMR dah dekat mula laa nak gelabah tak tentu hala. Apa punya manusia laa. Hee. Wish me luck for coming PMR! 

Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Ehh, tak takk! Sebenarnya, Najwa dah ada beberapa perancangan lepas PMR nanti. Ewahh, belum ambil PMR dah sibuk buat perancangan segala bagai dah. Some of perancangan tuu berkaitan dengan blog Najwa jugak laa. Blog Najwa ni boleh dikatakan keseluruhannya berkisarkan tentang personal life jee kan. Lepas ni Najwa nak memperbanyakkan lagi info dalam blog ni. Nak mencantikkan blog, mencomelkan, meng'kawaii'kan dan yang semasa dengannyalah. Hee. 

Kalau nak tahu info apa yang akan dimasukkan dalam blog Najwa tunggu laa lepas Najwa habis PMR nanti yee. Haha. Tapi info yang biasa-biasa jee. Kalau rasa nak baca, bacalah dengan hati yang ikhlas. Kalau tak nak pun korang kena baca jugak! Hee.

Assalamualaikum.


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Copyright © 2012 - 2013 . All Rights Reserved by Najwa Ayuni .