ツ Terjah Entry Terkini! ツ

Thursday 19 July 2012

Kenapa tak nak percaya ??



Apa benda laa tajuk entry Najwa tuu, kan. Haha. Apa yang tak nak percaya tuu ?? Meh duduk sini dekat-dekat. Mata mengadap laptop korang, eaa. Jangan pandang lain dah tau.



Kadang-kadang kan, Najwa bingung sangat dengan kerenah rakan-rakan Najwa. Dah tak tahu macam mana nak explain dekat diorang tuu. Sebab diorang ni susah sangat nak percayakan Najwa. Korang tahu tak apa yang Najwa buat sampai diorang tak percaya dekat Najwa ? Nak tahu ??  Baca laa entry ni sampai habis, kay.

Korang jangan berfikiran negatif, eaa. Diorang tak percaya bukan sebab Najwa ni penipu ke apa ke. Sebabnya Najwa ni SINGLE. Sebab tuu laa diorang tak percaya. Susah sangat ke nak percaya kalau someone tuu single ?? Hmm,



Bercinta adalah fitrah tabii yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. So, perkara ni normal laa, kan. Perasaan ingin mencintai dan dicintai tuu dah ada pada remaja macam Najwa ni. Bohong laa kalau Najwa cakap Najwa tak pernah couple. Hehe. Tapi, tuu semua dulu jee. Sekarang ni Najwa tanam niat tak nak couple sampai form 5. Insya'allah Najwa akan kuatkan nafsu untuk terus single sehinggalah takdir menentukan segala-galanya.

Ermm, korang rasa kenapa Najwa nak single sampai form 5, ehh ?? Hahh, fikir cepat. Adakah korang rasa Najwa frust dengn first love? Atau Najwa seorang playgirl? Atau apa-apa jee laa. Haha. Kalau dah tahu inform Najwa, erkk. Najwa akan bagi tau sebabnya pada entry yang seterusnya, okey. Harap anda sabar menunggu. Hehe. 

- | AssalamualaikuM | -


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Sunday 15 July 2012

GIVEAWAY :: 1st Giveaway by Fatin & Fatini



Selamat malam, semua. Najwa join GA lagi. 



Klik banner tuu kalau korang nak join.

 Malam ni terasa rajin pulak nak join GA yang telah ditagkan kepada Najwa oleh beberapa orang blogger yang comel + awesome.

Ermm , Najwa tag Ardini dan Eida.

Byepp . Assalamualaikum .


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

CONTEST :: Contest MEGA 2012 Hazwan Hairy



Good night, guys. Najwa join contest lagi. Second contest. Hehe. Contest ni pun dari orang yang sama, iaitu Hazwan Hairy. First, Najwa nak ucap tahniah sebab Hazwan Hairy telah mendapat tajaan daripada BOX Creative dan IH Empayar Nusantara. Semoga blog beliau akan terus maju.



Nak join ? Klik jee header tuu. Tak payah malu-malu, okey.



Err, ni laa header blog Najwa. Maaf laa kalau header ni tak secantik mana pun. At least okey jugak laa sebab Najwa tak perlu keluarkan 1 sen pun untuk buat header ni. Semuanya hasil titik peluh dan usaha Najwa sendiri. 

Hadiah contest ni memang betul-betul awesome laa. Rugi kalau tak join. Tapi, rasanya peluang untuk menang tuu agak tipis sebab Najwa tengok banyak header-header yang cantik dalam contest ni. Walau apa pun, Najwa tetap nak join. Mana laa tahu tuah menyebelahi Najwa, kan. Belum cuba, belum tahu.

Ermm, tuu jee kott. Header tuu tak membawa apa-apa maksud pun. Pakai hentam buat jee. Hehe. 

Choww dulu.
= AssalamualaikuM =


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Saturday 14 July 2012

GIVEAWAY :: Giveaway " Tudung " by Cekodok Center



Holla... Join lagi GA. Tumpang jejari ni rajin menaip apa yang tuan empunya blog suruh. Hehe. GA ni lebih kepada gegirl laa. Sebab hadiahnya berupa tudung. Tapi kalau boys nak join pun boleh. At least korang boleh kasi tudung tuu dekat ibu, isteri, kakak, adik, tunang, girlfriend, kawan atau sesiapa jee laa. Asalkan perempuan. Haha.




Want to join ? Just clik the banner, okay ! 

Ermm, tuan blog tuu suruh buat ni :-


a) Kenapa saya berbangga menjadi rakyat Malaysia ?
b) Senaraikan dua tempat menarik yang anda pernah melancong.

Okey, ni jawapan Najwa :-

a) Najwa berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang aman damai dan bebas dari peperangan. Selain itu, Malaysia juga mempunyai pelbagai kaum yang hidup secara bermasyarakat dan harmoni. Juga mempunyai seorang pemimpin yang berkaliber, cemerlang, gemilang dan terbilang. Malaysia juga mempunyai tempat pelancongan yang menarik dan mampu menjana ekonomi negara. Itulah sebab saya berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Karangan di atas adalah hasil kreativiti pemikiran Najwa sendiri. Najwa buat karangan ni tak usha mana-mana ulasan dari blog yang lain pun. Jika terdapat sebarang kesamaan, harap dimaafi. 

b)  Ermm, apa ehh tempat menarik yang Najwa pernah melancong ? Najwa ni jarang pergi melancong. So, bagi korang mungkin tempat yang Najwa nyatakan ni tak best mana pun. 

i. KLCC Skybridge, Kuala Lumpur.
ii. The Carnival Waterpark at Sungai Petani, Kedah.

Tuu jee laa kott. Sorry laa kalau bagi korang tempat yang Najwa nyatakan tersebut tak best mana pun. By the way, rasanya ada lagi tempat yang lebih menarik pernah Najwa pergi. Tapi Najwa dah lupa laa. Hewhew.

-- Assalamualaikum --


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

GIVEAWAY :: 1st Giveaway by Aliana



Hai guys. Petang ni Najwa nak join GA dari Aliana
GA ni tinggal lagi 3 hari jee. Hehe. Sajee gedik nak join. 




Kalau korang pun nak join, klik jee banner tuu.


Sebab apa Najwa tergedik-gedik nak join ? *ehh, Najwa tak gedik pun, kay* Sebab syaratnya mudah sangat. Haha. Ada masa lagi, so Najwa pun join jee laa. Tuu laa sebabnya.

Najwa tag mereka yang cantik ini --> Ayue Jean dan Dawia.

Oraite, settle sudah.
Assalamualaikum, guys >,<


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Thursday 12 July 2012

Jom ' LIKE ' FB Fan Page Najwa !


Assalamualaikum

Hai korang.
Peace ^^v (Y)

Hari ni Najwa nak minta korang tolong ' LIKE ' FB Fan Page milik Najwa. **kalau sudi laa | tiada paksaan pun** Bila Najwa masuk jee blog korang, mesti ada FB Fan Page. So, Najwa pun nak buat FB Fan Page untuk blog Najwa jugak. FB Fan Page ni untuk memudahkan Najwa nak update apa-apa yang berkaitan dengan blog Najwa.



Korang tekan jee button LIKE tuu.
Okey, Najwa pergi dulu.
Papaaiii ,


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Sunday 8 July 2012

CONTEST :: Contest ke-3 Hazwan Hairy



Di malam yang mulia ini Najwa nak join satu contest dari Hazwan Hairy. Ni first time Najwa join contest tau. Haha. Kesian, kan. Najwa dapat tahu contest ni dari Twitter beliau. Hari Jumaat minggu lepas Najwa ada cakap kat tuan blog tersebut nak join contest ni pada malam harinya, tapi malam tuu dan hari seterusnya Najwa busy sikit. So, Najwa minta maaf sangat, ehh.




Ni header tuan empunya contest tuu. Menarik, kan ? Haa, tengok laa siapa tuannya.
Klik header tuu kalau korang nak join, kay.

Hazwan Hairy ada minta peserta contest ni buat something.
**-  " Nyatakan kenapa anda suka masuk blog Hazwan Hairy ? "  -**
Haa, itulah yang disuruh oleh tuan blog tersebut.

Ermm, bagi Najwa laa kan, Najwa suka masuk blog Hazwan Hairy sebab blog beliau ada banyak info-info yang menarik. Hasil nukilan beliau juga sangat menakjubkan. Pasti akan terhibur kalau membacanya. Tambahan pula, orangnya tersangat laa peramah. Tak percaya ? Lantak korang laa. HAHA. Apa lagi, ehh ? Haa, sebab blog beliau nampak ceria. Cara penulisan dan susun atur widget dalam blog sangat kemas. Itulah yang menarik Najwa supaya masuk ke dalam blog Hazwan Hairy. Sekian, terima kasih.

HAHA. Okey, Najwa tag diorang ni  | Jaakechik | Cik Lilis | Trah Zain | 

Okey, byep.
~ Assalamualaikum ~


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Friday 6 July 2012

GIVEAWAY :: 1st Giveaway by Jaakechik Corner



Hmm, setelah sekian lama tak join GA, hari ni teringin laa pulak. GA ni dari kak Jaa. Kak Jaa invited Najwa lama dah. Tapi internet Najwa slow, so Najwa malas nak join. Sekarang dah laju sikit, boleh laa join. Hihi.



Korang pun nak join ? Haa, klik jee banner tuu.

Ermm, tempat best di negeri Najwa eaa ?? Apa ehh ?? Japp nak fikir.


Haa, tuu semua kat Kedah. Siapa yang nak melancong ke Kedah, boleh laa ke situ. Klik link tuu kalau nak tahu lebih lanjut mengenai tempat tersebut.

Mangsa tag,

- Assalamualaikum -


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Thursday 5 July 2012

Teringin nak main gitar



Ehem ehemm, japp nak kira. **setelah beberapa minit berlalu** Hah, dah 23 hari Najwa tak post entry terbaru dalam blog yang berhabuk ni, kan ? Bukan Najwa tak jenguk blog ni, Najwa selalu jenguk bila online. Tapi, tak tahu nak post apa. Tambah pulak internet tersangat-sangat lembap.  So, Najwa pun tersangat-sangat malas nak post. Okay, back to the topic.





Gambar apa tuu, guys ? Siapa tahu, angkat kaki. HAHA. Najwa teringin sangat nak belajar main benda alah tuu.  Tengok orang main macam best jee . Najwa pun nak main jugak. Tapi takde orang yang nak ajar laa. Hurmm :(

Rumah Najwa ada gitar. Tapi milik abang Najwa punya laa. Sekarang dia kerja. Kesian kat gitar tuu. Takde orang nak mainkan dia. Jadi, Najwa yang baik hati ni *perasan* nak tolong hilangkan bosan si gitar tuu. Masalahnya, Najwa tak pandai main gitar. Lagipun, Najwa takut tali gitar tuu terputus. Nanti tak pasal-pasal kena bising dengan abang Najwa. 





Najwa ada jugak curi-curi main gitar abang Najwa tuu. Main yang asas jee laa. Tuu pun belajar dari SINI. Korang mesti cakap " Dah ada abang yang tahu main gitar, kenapa tak suruh dia jee yang ajarkan. " kan ? Ermm, abang Najwa tuu perangai tak elok. Najwa suruh dia ajar bukan dia nak ajar pun. Dia ketawa lagi ada laa bila Najwa suruh dia ajar. Perangai macam apa entah. Benci betul.

Okey laa. Nak berambus dulu.
. Assalamualaikum . 


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Copyright © 2012 - 2013 . All Rights Reserved by Najwa Ayuni .