ツ Terjah Entry Terkini! ツ

Sunday 30 December 2012

Blog Updated After 3 Month!





Assalamualaikum. Hai korang. Lama Najwa tak update blog kan.
Minta maaf kepada korang yang blogwalking di blog Najwa.

Hmm, sepanjang cuti sekolah ni Najwa dilanda kerinduan terhadap blog Najwa ni. Rindu terhadap rakan-rakan blogger yang lain. Ingat cuti sekolah boleh laa Najwa nak blogwalking sikit, edit sana sini, tetapi lain pula jadinya.


Hurmm, redha jee laa Najwa oii. Okey laa korang, Najwa tak tahu nak taip apa. Merepek jee lebih Najwa ni. Otak ni dah malas nak berfikir pasal blog sangat dah. Actually, Najwa rasa janggal sikit bila dah hampir tiga bulan Najwa tak sapu sesawang yang berada di blog ni. Rasa rugi sesangat bila tak dapat join GA atau segmen dari korang. Dan sekarang Najwa rasa macam dah ketinggalan jauh kebelakang.
 
Awal tahun nanti Najwa dah masuk form 3. Comfirm laa susah mak Najwa nak kasi Najwa online macam selalu. Alahai, dah nasib badan agaknya. Terima jee laa seadanya. Demi kebaikan Najwa juga, kan. Sabar, Najwa, sabar. Korang jagan lupa doakan Najwa supaya berjaya dalam PMR nanti, ya.

Ehh, lupa nak cakap. Mana boleh cakap cik kak oii, taip jee. Kepada sesiapa yang follow Najwa tuu, korang jangan risau. Najwa akan follow korang semula. Najwa belum follow sekarang bukan bermakna Najwa tak sudi, okey. Harap korang mengerti. 

Okey laa. Chaww dulu, yew.
Hehe. Assalamualaikum.


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Friday 21 September 2012

GIVEAWAY :: GiveAway Blogger Bertuah by JiwarOsak Dot Com


Assalamualaikum.

Peace! ^^v 
Good night, all. Rasanya dah lama Najwa tak join GA. 
So, malam ni Najwa nak join GA dari JiwaRosak.com.



Ok, actually Najwa bukan nak story pasal dashboard baru tuu. Najwa nak story pasal giveaway kat atas tuu. Hadiahnya menarik sangat. Korang nak join? Klik jee banner tuu, kay.

ANTARA HADIAH GIVEAWAY INI ADALAH :
1. Domain .COM / 1tahun
2. Cash RM50 
3. 3 header percuma
4. 4 aplikasi fanpage
5. Topup rm10
6. Pendrive kingstone 8gb x1 dan bag case HP x2
7. Sevonir dari oversea 3x
8. Topup rm10 3x
9. Review blog 3x + Topup rm15
10. Topup rm50
11. Bedak arab 2x
12. Mug changing colour n design
13. Top rm5 2x
14. 3D Sticker Room Decor 3x
15. Lens 2x
16. Cenderahati 5x
17. Topup Rm10
18. 2 helai cotton shawl
19. Bag sophie paris 1x
20. 1 set gelang, 1 tudung bwal, 1 shawl, 3 inner scarf
21. Produk Haruman Muslim 2x
22. Sevinour 6x
23. Topup Rm10 3x

Banyak, kan hadiahnya? So, korang tunggu apa lagi. 
Join laa cepat. Tak rugi pun kalau korang join. Hehe,


Blog/Fanpage Penganjur dan Sponser Giveaway ini

AbgferOz - 
Mia Liana - 
BlogFyna -
Myravea -
Cik Pjaz -
Dkna Abza -
 -CeritaKini -
-  Diana Store -
Luna Lee -
MahaMahu -
Kampung Kameq - 
Si Pipi Merah - 
Leen Najib -
Muaz Faris -

Haa, korang still tak nak join lagi? Hmm, lantak korang laa.
Sampai nak patah dah jari Najwa ni like page sponser. Haha.
Apa pun Najwa nak ucapkan 'Good Luck' kepada korang yang join GA ni.

Before tuu, ni mangsa tag Najwa.

Awak
Awak
Awak
Awak
Awak

Assalamualaikum.


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Sunday 16 September 2012

Berdiri di atas kaki sendiri


Assalamualaikum.

Holaa~
Hari ni penyakit apa entah datang serang Najwa. Korang nak tahu tak penyakit apa?
Penyakit rajin updates blog dalam masa sehari!! Haha. 

Okey, Najwa tahu ada blogger yang boleh update blog sampai 5-10 entry dalam masa sehari. Ehh, ada ke blogger updates blog sampai 10 entry dalam masa sehari? Hehe. Kalau ada, banyak idea sungguh laa blogger tuu. Maybe juga sebab dia blogger sepenuh masa, kan.



Najwa ada something lagi nak kasi tahu korang ni. Masa Najwa tengah check shoutbox untuk Najwa berkunjung semula tadi, tetiba ternampak Tiqa menjerit kat situ. Kalau tak faham, cerr tengok gambar kat atas tuu. Tiqa tanya kat mana Najwa edit teratak Najwa yang tak berapa nak ohsem ni. Hikhik.

Actually, blog ni 100% Najwa yang edit sendiri. Cuba korang scroll cursor korang sampai nampak copyright untuk blog Najwa ni. Ada tulis macam ni, kan --> Copyright © 2012 . All Rights Reserved by Nor Najwa Ayuni Binti Rosle . Haa, buat masa sekarang belum ada lagi yang campur tangan untuk blog Najwa ni. *Ehh, sombong laa kau ni, Najwa!* 

Wait, wait!! Korang jangan cakap Najwa sombong pula, eaa. Maybe nanti korang cakap Najwa ni nak tunjuk hebat laa sebab semuanya Najwa edit sendiri. [ KEMUNGKIN SAHAJA ] Means Najwa, setakat ni Najwa belum pernah suruh orang edit blog untuk Najwa dan belum pernah menang giveaway untuk edit blog punya. Sebab tuu laa belum ada yang campur tangan. Bukan nak tunjuk hebat, ok?

Dah dah. Banyak pula mak nenek sorang ni berleter, kan. Now, Najwa nak kasi info sikit tentang teratak a.k.a blog Najwa ni untuk kak Tiqa yang chomel atau sesiapa yang ingin tahu, ok. Kalau tak nak tahu pun, takpe. I don't care. Hewhew,

Firstly, blog Najwa ni guna SIMPLE template jee. Buku rujukan untuk blog Najwa diambil dari BUKU INI dan juga BUKU INI serta BUKU INI. Hehe. Buku tuu semua memang bagus. Kebanyakkan blogger suka beli buku tuu. Tak percaya? Hmm, kesah pula saya! Hikhok~

Tuu jee kott. Ada benda yang Najwa buat tak menjadi tapi Najwa still setia dengan blog diorang tuu. NEVER, NEVER, NEVER GIVE UP!! Word ni wajar ada dalam diri korang, ok. Baru boleh berjaya. Satu lagi, cuba buat sendiri. Jangan selalu bergantung dengan bantuan orang lain jee. Kalau orang lain yang buat, memang kita tak akan tahu apa-apa laa. Orang tuu jugak yang pandai. Kita pula dapat apa? Dapat tengok jee orang edit blog macam ni laa, macam tuu laa. Teringan nak edit sendiri, tapi tak tahu. Tak tahu at least boleh belajar dari tutorial, kan. Kalau tak tahu + malas + segan, baik tak payah buat blog. Lagi senang.

Whooaa. Banyaknya nenek kebanyan ni berleter. Kalau masuk syarahan, agak-agak korang boleh menang ke tidak ni? Haha. Najwa just bagi nasihat jee. Korang jangan terasa atau jadi macam tuu pulak tau. Sebab kawan Najwa ada yang macam ni. Malas nak baca tutorial yang ada. Yang tahu nak suruh orang buat kat dia jee.

Dah habis air dalam badan Najwa ni punyalah berleter kat korang ni. Cepat!! Tambah balik air dalam badan Najwa!! Wahaahaa. *Kegilaan nenek kebayan dah bermula* Ermm, maaf kalau ada sesiapa yang tersentuh hati. Bagi Najwa kalau orang edit blog kat kita sebab menang GA takpe. Atau kita nak minta tolong sikit pun takde hal. Bagi yang 100% suruh orang buat blog untuk dia tuu laa yang problem sikit.

Bye. Assalamualaikum.

** Maaf, entry mungkin terlalu panjang **


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Seriously, Najwa terharu!


Assalamualaikum.

Hi, guys. Korang tahu tak apa kerja Najwa hari ni? Edit blog!! *sendiri tanya, sendiri jawab..hehe* Jyeahh, tuu laa kerja Najwa sepanjang hari ni. Dah lenguh jari-jemari ni menaip. Kejap pergi blog tuu laa, blog ni laa. Hmm,



Tapi kan, ada something yang Najwa nak share dengan korang. Agak-agak korang apa, ehh ? Tengok title entry Najwa yang kiut-miut tuu cepat. *haisyy, perasannya Najwa ni!* Seriously Najwa cakap, Najwa terharu, wey! Haha. Persoalannya, korang tahu ke sebab apa Najwa terharu tahap gaban ni? 



Actually, Najwa terharu sebab ada sesetengah blogger yang sanggup blogwalking ke blog Najwa walaupun kunjungannya tidak berbalas. Tahu siapa?? Tengok shoutbox Najwa tuu. Kak Aida and abang Faizol. Diorang selalu jugak melawat ke blog Najwa even takde apa-apa yang terbaru pun. 

Macam mana Najwa tahu? Sebab Najwa tengok dekat shoutbox tuu laa. Itu laa kepentingan shoutox. Hehe. Najwa selalu check link blog mana yang Najwa belum kunjung. Dan selalunya nama kak Aida dengan abang Faizol laa yang banyak. Hihi. Thanks a lot kak Aida and abang Faizol! I really appreciate it!

Selain itu, Najwa jugak nak ucapkan TERIMA KASIH kepada blogger-blogger yang sudi menerjah teratak Najwa yang tak seberapa ni. Hikhik. Terima kasih juga atas pujian korang semua. Err, ada yang cakap blog Najwa kemas. Seriously ke kemas? Najwa tengok macam serabut je. Hehe. Apu pun, thank you very much! 

Ok laa. Assalamualaikum. Bye.
><


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Jyeahh!! Menjadi juga akhirnya!


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Korang semua sihat? Kalau tak sihat, cepat-cepat pergi jumpa doktor tau. Najwa dari semalam lagi sakit tekak ni. Tak tahu apa puncanya. Maybe minum air ais banyak sangat kott.

Ehh, wait for a while. Have you noticed any changes to my blog? >.<
These are among the changes ;
.
.
.
.
.


Firstly, bagi pengguna Google Chrome, now korang dah boleh nampak favicon kat blog Najwa. Favicon yang dulu pengguna Mozila Firefox jee boleh nampak. Alhamdulillah, sekarang pengguna Google Chrome mahupun Mozila Firefox dah boleh nampak favicon tuu. Hihi,



Secondly, Post Title and Sidebar blog Najwa dah ada border and background. Dah lama Najwa cuba buat bagi ada border segala bagai tuu, tapi tak pernah menjadi. Then, semalam Najwa terjumpa tutorial kat blog Faqihah Husni. Najwa pun try laa buat. Alhamdulillah, menjadi jugak akhirnya.

Actually, banyak lagi yang Najwa nak edit kat blog ni. Tapi, Najwa tak ada masa. Insya-allah, masa akan datang lebih banyak perubahan yang akan berlaku terhadap blog Najwa. Hewhew,

Jyeahh! Hari ni Hari Malaysia! So, Najwa ucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira dimana anda berada. Aiseyy, ayatt..Haha,

Okey laa. Pergi dulu.
Bye. Assalamualaikum.


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Thursday 13 September 2012

Blog berhabuk


Hyee you all. Blog ni semakin berhabuk, kan? 
*Eh, korang nampak habuk ke tak? Haha*



Actually Najwa sekarang susah sikit nak online. Busy dengan homework. Insyaallah, lepas ni Najwa akan blogwalking ke blog korang pulak. Al-maklumlah, cuti tiga hari, kan. Minggu lepas sepatutnya Najwa dah mula ber-blogwalking dah. Tapi Najwa terlibat dalam Kem Kepimpinan Pelajar. That's why I'm cann't blogwalking. Hehe,

Najwa dalam operasi mencari gambar-gambar yang cikgu snap masa kat kem hari tuu. Kalau dah jumpa nanti, Najwa kasi korang tengok, kay. Kem tuu diadakan di Puncak Janing Campsite, Kuala Nerang. Erm, kem tuu menggabungkan dua buah sekolah, SMK Seri Ampang dengan SMK Pokok Sena 2. Apa pun, kem tuu memang best laa. Banyak juga part-part yang tak dapat Najwa lupakan. Kalau diingat semula, memang tak larat nak ketawa. Haha.

Okey laa. Good bye.

;; Assalamualaikum ;;


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Sunday 2 September 2012

SEGMEN :: Jom Like Facebook Fanpage by Afifah Daliliey


Assalamualaikum.

Hai korang. Tengah malam buta ni orang tidur, tapi Najwa still mengadap laptop. Hehe. Rasanya dah lama Najwa tak join segmen, kan. Malam ni Najwa nak join satu segmen dari Afifah Daliliey.



Korang mesti ada FB fan page, kan. So, ni peluang terbaik untuk korang up-kan korang punya ' LIKE ' tuu. Nak join tak? Kalau nak, klik jee header tuu, k.



For Fifah information, Najwa dah lama follow blog Fifah, ye. Tuu buktinyaa, dibulat dan dipetakkan. Hehe. **sorry kalau nampak over sikit**



Nampak button LIKE tuu? Haa, kalau korang join segmen Fifah tuu, dialu-alukan untuk like. Hehe. Korang klik jee button tuu kalau korang malas nak klik dekat sibebar, kay. Ni link FB fan page Najwa :: http://www.facebook.com/pages/Najwa-Ayuni/365880230142455?ref=hl.

Bye. Assalamualaikum.


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Saturday 1 September 2012

Sakit hati + geramm !!



Hai semua. Kebelakangan ni Najwa malas nak update sikit sebab busy. I'm so sorry. Kalau masuk blog Najwa, just tinggalkan jejak korang, eaa. Nanti Najwa pergi blog korang pula. Apa pun, selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55. Sorry, lambat wish. Hehe.



Kebelakangan ni Najwa sakit hati + geram sikit dengan kawan-kawan Najwa. Diorang suka cakap Najwa ada couple dengan sorang budak lelaki ni. Najwa tahu diorang tuu sajee jee nak mengusik. Tapi maluu gilaa kott bila budak lelaki tuu dengar kawan-kawan Najwa cakap Najwa couple dengan dia. Dah laa satu kelas dengan budak lelaki tuu. Adeshh, macam mana laa nak tutup mulut diorang tuu, eh?? **SOALAN BODOH**

Kadang-kadang Najwa segan nak face to face dengan budak lelaki tuu. Najwa harap sangat dia tak kesah. Semua ni Zafirah dengan Nabila punya pasal laa. Perkara ni terjadi sebab budak lelaki tuu tersalah sebut. Dia nak sebut capital NN, tetapi tersebut capital NA. Then, kawan Najwa ingat Najwa yang couple dengan budak lelaki tuu. Sekarang ni diorang dah sedia maklum yang budak lelaki tuu dah sah couple dengan capital NN tuu. Tapi diorang still anggap Najwa couple dengan budak tuu jugak. Terukk laa Zafirah dengan Nabila ni, kan. Hewhew,

Tapi lama mana sangat laa Zafirah dengan Nabila tuu nak cakap macam tuu, kan. So, Najwa nak tengok sampai bila diorang nak cakap macam tuu. Just wait and see!! Hahaha,

** orang yang sedia maklum dirinya disebut dalam entry ni, harap anda tidak terasa : P

^^ assalamualaikum ^^


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Saturday 25 August 2012

Ehh, dah jadi ke ?



Hyee guys. Hari ni Najwa TERrajin pula nak update pagi-pagi. Mandi pun belum lagi ni. Hehe. Dalam pukul tujah 7 tadi hujan. So, sekarang ni memang sejuk laa. Tuu yang liat sikit nak mandi =D



Err, yang Najwa maksudkan " Eh, dah jadi ke ? " tuu ada dalam ENTRY NI. Semalam dah banyak kali testing, tapi tak boleh-boleh juga. Last sekali Najwa shut down laptop. Habis cerita. Hihi,

Pagi ni buka blog tetiba nampak cursor tuu. Wahh, happy gilaa. Menjadi juga akhirnya. Alhamdulillah. Tapi ada nampak macam tompok hitam sikit laa kat cursor tuu. But, it okay. Ni semua berkat pertolongan kawan Najwa dua orang ni ; 



 ♥ Nur Syafiqah binti Bistamam & Nur Anis Alia binti Bakhorudinn 

Diorang berdua ni bestie. Diorang laa yang sudi kasi softonic GIMP 2 untuk Najwa download. Atas bantuan diorang Najwa dah boleh buat gambar yang transparent. Hehe.

Okey laa. Good bye.
__Assalamualaikum__


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Friday 24 August 2012

Kenapa tak jadi lagi ni ?



Hyee all. Tak dapat juga Najwa pergi rumah kawan Najwa hari ni. Hujan sampai malam. Pukul 7 tadi pun masih hujan lagi. Nasib laa sekarang dah tak hujan. Dalam pukul 9 macam tuu baru hujan berhenti sampai sekarang.

Emm, penat laa hari ni. Sehari suntuk mengedit, [sehari suntuk laa sangat] tapi stay tak boleh-boleh lagi. Nak tahu apa yang Najwa edit tuu ? Meh Najwa nak tunjuk. 



Haa, benda alah ni laa yang Najwa edit tuu. Edit tuu senang jee. Tak sampai 30 minit pun. Hehe. Yang double trouble-nya, Najwa masukkan dalam blog tapi tak naik pun cursor tuu. Terus jadi arrow cursor yang selalu kita guna tuu. Aisyy, stress nyaa!! Macam mana nak buat ni? Please, someone help me! 

Another thing yang Najwa buat ialah benda alah yang kat atas entry tuu. Alaa, yang "Assalamualaikum" tuu. Benda tuu saje jee Najwa buat. Untuk mencantikkan lagi blog Najwa. Hehe. Alhamdulillah, menjadi juga akhirnya. 

Okey, got to go.
 See you on the next entry. =]
( bahasa english pun tak betul. ada hati nak speaking pula :p )


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Macam mana nak pergi ?


Assalamualaikum.

Hai korang! Rindu laa kat korang. Hehe. 
Ermm, ada nampak sebarang perubahan tak kat blog Najwa? Mesti laa ada, kan. Sekarang blog Najwa dah ada Nuffnang Ads. Sidebar pun dah ada background dengan border sekali. Hihi,



Hmm, cuaca kat rumah korang macam mana? Kat rumah Najwa ni hujan sedang turun dengan lebat Nak keluar pun tak boleh. Kalau diikutkan Najwa kena pergi rumah kawan Najwa. Namanya Noor Syajiera binti Rosli. Dia jemput Najwa hari Rabu yang lalu. Dia cakap kakak dia nak bertunang hari ni. Masalahnya sekarang ni, hujan belum berhenti lagi. So, macam mana nak pergi? Hmm, sabar jee laa.



 Noor Syajiera Binti Rosli  

Yes, this is my Best Friend Forever!!
Dia laa yang invited Najwa ke rumahnya. Kami kawan since form 1 lagi. Jiera ni selalu cerita masalah dia atau apa-apa cerita yang menarik kat Najwa. Sebab tuu laa kami boleh rapat. Dia ni cantik + comel + baik + peramah + pandai. Sebab tuu ramai secret admires. Haha. Opps, nanti boyfriend dia marah pula. Hehe =D

Hmm, hujan masih belum reda lagi.
Nampak gayanya Najwa tak dapat pergi laa.

Okey laa, good bye.
[ Assalamualaikum ]


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Tuesday 21 August 2012

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum. 

Malam ni hujan sekali lagi telah mencurahkan air ke bumi. Alhamdulillah, rahmat daripada Allah SWT. Jyeahh, dah masuk hari raya yang ketiga. Ermm, pasti korang belum puas beraya lagi, kan. Najwa dah penat melayan saudara-mara yang bertandang ke rumah. Walaupun penat, tetap best tau! Bukan selalu diorang datang ke rumah.



Nahh, Najwa kasi kad raya untuk korang sorang satu. Jaga elok-elok tau. 
Emm, Najwa ada sedikit ucapan untuk korang semua. Maaflah, hari raya yang ketiga baru nak ucap. 
Tapi still hari raya lagi, kan. Hehe. Jom usha bawah.



Jeng... jeng... jeng. Err, maaf sekali lagi sebab kad tuu tak cantik pun. Najwa tak pandai nak design cantik-cantik. Buat pun kelam-kabut jee. Al-maklum laa, sibuk nak beraya. Pergi rumah orang ni laa, orang tuu laa. Pening kepala. Hujan pun semakin lebat di luar sana disertakan guruh sekali. Okey laa, chaw dulu.

||| Assalamualaikum |||


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Saturday 18 August 2012

Antara sebab-sebabnya ialah ...


Assalamualaikum.



Err, first sekali Najwa nak minta maaf sebab entry ni lambat di publish-kan. Najwa akui Najwa semakin malas nak buka laptop buat masa sekarang atas faktor-faktor tertentu. Minta ampun yaa adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang sekalian. Hehe :D

Nampak title entry tuu ? Tak nampak ?? Ermm, Najwa rasa korang perlu berjumpa pakar mata jika tak nampak title entry tuu. Haha. Ehh, apa yang Najwa mengarut ni ?? Gasak jee laa. Apakah maksud di sebalik title entry tuu ? Tak tahu ?? Baca >> ENTRY << ni dulu baru tahu. Pastikan baca sampia habis tau ! Kalau tidak, korang akan disaman. Okay, back to the normal. Dah penat dah melalut tak tentu hala. Bukan lawak pun, kan.

Dah baca ?? Bagusss!! Jom tengok sebab-sebabnya. Najwa hargai beberapa orang blogger yang sudi memberi pendapat. Okey, Najwa akan menyatakan sebab-sebabnya. Tapi sebelum tuu, seriously Najwa cakap. Najwa bukan frust dengan first love. Juga bukan seorang playgirl. Najwa hanyalah seorang Najwa yang sederhana. Tidak sebegitu baik dan tidak juga jahat. Tetapi berusaha menjadi yang sebaik mungkin dengan izin Allah SWT. 


Antara sebab Najwa tak nak bercouple sampai form 5 ialah ;
  • Menyahut cabaran seorang ustazah yang mencabar anak angkat Yayasan Johawaki supaya tidak bercouple sehingga tingkatan 5.
  • Rasa terkongkong dengan larangan teman lelaki yang melarang kita melakukan itu dan ini seolah-olah kita milik mereka sepenuhnya. ( tak pernah berlaku pada Najwa lagi )
  • Tak mahu mainkan perasaan orang. Takut itu yang akan berlaku kepada Najwa suatu hari nanti.
  • Ingin bebas melakukan apa sahaja, bebas bergaul dan berbicara dengan sesiapa sahaja.
  • Kalau kita tak pandai nak seimbangkan antara pelajaran dan percintaan, nescaya nanti sesi pembelajaran kita akan terganggu. ( Eyjalukman )
  • Setiap manusia diciptakan berpasangan. Jadi, mengapa kita harus risau jika tidak bercouple ? Sampai masanya, kita pasti akan berjumpa dengan pemilik tulang belakang kita. ( Hana Nabilah )
  •  Malah, mungkin juga keputusan peperiksaan kita akan merosot dengan teruk disebabkan terlalu asyik dilamun cinta yang entah apa-apa. ( Aida Omar )
  • ‎7 fakta SINGLE ITU BEST : ( copy dari facebook )
    1. Nak keluar dengan kawan2 lelaki/perempuan bebas
    2. Nak mesej/call dengan kawan2 lelaki/perempuan takde limit
    3. Tak perlu nak fikir pasal orang lain
    4. Tak akan mengalami masalah gaduh dengan bf/gf
    4. Mendapat tidur yang secukupnye
    5. Telinga tak sakit dengar bebelan
    6. Duit boleh simpan, takde nye nak topup untuk kapel ke, belikan hadiah ke kan
    7. Single is simple, Double is trouble
Tuu antara sebab-sebabnya. Rasanya ada lagi yang Najwa nak nyatakan. Tapi, setakat ni jee yang Najwa ingat. Bagi korang mungkin macam lain pulak, kan. Bercinta tuu hak masing-masing. Tetapi, pandai-pandailah jaga maruah diri bagi kaum hawa di luar sana.

Okey laa. Get lost dulu.
--Assalamualaikum--


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Monday 13 August 2012

Alhamdulillah. Tapi, masih boleh dituntut tak ?



Hai korang. Hampir sebulan Najwa tak online. Sebab apa? Sebab Najwa sibuk dengan exam. Ujian Pertengahan Tahun dulu Matematik Najwa kurang memuaskan. So, parents Najwa suruh kurangkan aktiviti melayari internet. Lepas exam pun Najwa still tak boleh online. Tapi bukan mak Najwa yang tak kasi online. Internet tetiba jee tak boleh connect sebab bil tak dijelaskan lagi. Sampai laa hari ni baru boleh online.

Tahu tak apa yang berlaku bila Najwa buka dashboard ? Najwa terbaca something. Tertulis di situ ; '12 comment need to monderation'. Najwa pun tekan laa link tuu nak tahu apa yang blogger lain komen. Lepas tuu, Najwa nampak ni : 



Sumpah. Ni first time Najwa menang GA. Hehe. Tapi, korang tengok tarikh tuu. Dah seminggu dah. Agak-agak korang masih boleh dituntut tak hadiah tuu ? Hmm, kesian kat Najwa. Nak buat macam mana, minggu lepas memang sibuk dengan exam. Entry blog pun tak sempat nak post. By the way, Najwa nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada dua rakan blogger yang sudi inform Najwa. Thanks a lot, guys !!

Simple Giveaway by Double E tuu Najwa dah inform kat Eira Syamiera. Tapi, yang Giveaway '' Tudung'' by Cekodok Center tuu Najwa tak dapat kesan blog beliau. Bila Najwa tekan banner GA tuu, tertulis ' Blog has been moved '. Rasanya URL blog beliau telah ditukar kott. Sesiapa yang tahu URL blog beliau tolong inform Najwa, erkk. Nama blog beliau ' Cekodok Manis '.



Kebiasaannya bila kita buka profile blog someone, akan naik nama blog beliau kan ? Tapi korang tengok gambar tuu. Tak ada pulak nama blog beliau. Tuu yang Najwa susah nak jejak beliau. Contoh yang Najwa cakap tuu macam blog Najwa ni ;



Haa, macam ni laa yang Najwa maksudkan. Tapi nak buat macam mana. Mungkin bukan rezeki Najwa lagi kott. Hanya mampu bersabar. Okey laa, chaww dulu.

||-AssalamualaikuM-||


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

Copyright © 2012 - 2013 . All Rights Reserved by Najwa Ayuni .