Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin! **abaikan muka dalam gambar tuu :P** Dah nak masuk hari raya yang ke-3 dah pun kan. Maaf laa, malam ni baru dapat update entry pasal raya. Hee. Apa pun Najwa minta maaf kat korang semua andai Najwa ada buat salah dan silap sepanjang Najwa terlibat dalam dunia blogging ni.
Bagi Najwa raya tahun ni kurang sikit keseronokannya sebab Najwa tak boleh pergi mana-mana. Tak ada transport nak keluar berjalan-jalan. Kampung pun tak balik dah sebab atuk dengan nenek dah tak ada. Setakat kunjung rumah jiran yang dekat-dekat ni ada laa. Rumah kawan-kawan pun langsung tak pergi. Harap diorang jee yang datang. Hehe.
Dua minggu sebelum raya hari tuu Najwa tidur rumah besties Najwa. Bukan saja-saja tidur tau. Najwa tolong mak dia buat kuih raya kat sana. Memang best duduk kat rumah dia sebab family dia semua happening gila. Haha.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum and Hi ツ
Thanks for visit here and please
feel free to drop your positive comment ツ ^^