ツ Terjah Entry Terkini! ツ

Wednesday, 20 March 2013

Tragedi 8 Mac 2013


Assalamualaikum.
* kalau tak jawab berdosa, kalau jawab sayang *
Muahehe. Naughty betul minah ni.



Berbalik kepada tajuk entri, rasanya apa makna semuanya ni? Oke, firstly kalau tak baca ENTRY ni, memang korang tak tahu makna disebalik tajuk entri tersebut. * wah, macam cerita genre seram saja * Tragedi ni terjadi pada 8 Mac yang lalu, pukul 6.30 petang. Sediakan tisu, semua yaa. Takut ada yang terkeluar hingus pulak nanti. * bukan sebab nangis erkk, tapi selesema, oke *

Time tuu Najwa on the way hantar kawan balik dari tuisyen. Lepas hantar dia kena laa lintas jalan raya yang bersambung dengan jalan kampung. Sebelum lintas tuu dah tengok kiri kanan dah pun, tapi ternampak ada sorang pak cik ni nak lintas arah bertentangan dengan Najwa. So, bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang berlaku, Najwa kasi laa pak cik tuu lintas tuu. Karang terlanggar, susah pulak, kan?

Lepas pak cik tuu lintas, Najwa pun lintas laa dah tengok kiri kanan tak ada orang. Entah macam mana entah, sebuah motorsikal RZ ditunggang dua orang remaja lelaki datang dari kiri dengan lajuu sekali gus melanggar Najwa. Nauzubillah. Melayang jauh jugak Najwa dari tempat nak lintas tuu. Nasib tak ada kereta atau lori yang lalu. Kalau tidak, bayangkan laa badan Najwa yang terlentang atas jalan raya tuu. Eeii, ngeri nak bayangkan pun. Elak yang perlahan, kena langgar yang laju pulak.



Nasib Najwa agak malang hari tuu. Dah laa kena langgar lari, nombor plat motorsikal budak lelaki tuu pun tak sorang dapat tangkap. Hmm, kesian kan? Dah laa kita ni belum ada lesen. Nak buat macam mana, suratan takdir. Haha. After all, Najwa dapat tahu kura kaki kiri Najwa patah, you! Bukan setakat kura kaki jee, ibu jari kaki dan jari kaki telunjuk pun patah. Mana tak sedih? Nasib Najwa tak sertai acara olahraga MSSD tahun ni. Kalau tak, jenuh nak cari pengganti. Tambah pulak, pertandingan silat seni dah dekat, terpaksa laa batalkan hasrat nak join. Dah laa first time. Sedih sangat-sangat.

Tahun ni pulak last PMR. Jadi macam ni terpaksa tinggal kat rumah hampir 2 bulan baru boleh jalan. 2 bulan dah berapa banyak mata pelajaran yang Najwa ketinggalan? Hmm, hanya mampu bersabar dan terus bersabar. Ada hikmah disebaliknya, mungkin? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. That why Najwa boleh ber-online sakan sekarang ni. Because I've broken feet. I'm so sad. :(

Oke laa. Karang patah pulak jari-jemari ni asyik menaip jee. Hikhik. Maaf laa, yaa. Entry ni terlalu panjang pulak. Almaklum laa, Nak bercerita. Kena laa panjang berjela-jela sikit. Tidak bukan cerita namanya. Penat dah asyik pot-pet-pot-pet dari tadi. Gonna to go for blogwalking.

Assalamualaikum. ^^

P/s : Doakan Najwa cepat sembuh dan berjaya dalam PMR walau apa sekalipun dugaan yang datang. Terima kasih atas keprihatinan anda. Hanya Allah yang mampu membalasnya :)



ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

2 comments:

Assalamualaikum and Hi ツ
Thanks for visit here and please
feel free to drop your positive comment ツ ^^

Copyright © 2012 - 2013 . All Rights Reserved by Najwa Ayuni .