ツ Terjah Entry Terkini! ツ

Wednesday, 24 April 2013

Segmen : Kenangan Terindah by Usu


Assalamualaikum.



Klik banner untuk join.



Gambar ni antara kenangan terindah buat Najwa even Najwa tak ada pun dalam gambar tuu. Najwa jadi photoghapher masa tuu. Hee. Ni time sekolah Najwa (SMK Seri Ampang) diumumkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Pencak Silat (Silat Olahraga) daerah Kota Setar. Memang tak sangka sangat sebab diorang semua berlatih seminggu jee sebelum pertandingan dimulakan dan baru first time join pertandingan ni. Tapi ni semua berkat kesungguhan diorang, guru yang mengajar dan abang-abang senior yang tak jemu-jemu memberi tunjuk ajar.

Banyak kenangan yang tercipta sepanjang kami di homestay dan di SMK Pokok Sena 2 tuu. Tatkala kenangan yang mencuit hati terlayar di mata Najwa, pasti ada senyuman yang menghiasi wajah. Sepanjang penglibatan kami dalam pertandingan ni, kami seolah-olah satu family yang sangat besar. Berkongsi makanan, minuman dan usik-mengusik menjadi satu kebiasaan yang merapatkan silaturrahim antara kami. Setiap saat yang berlalu, ada sahaja kenangan yang tercipta sehingga sukar digambarkan dengan kata-kata. 



Gambar ni pulak masa Najwa pergi Cameron Highland awal tahun lalu. Memang best sangat kat sana sebab kami pergi ramai-ramai. Buat rombongan naik bas. Pergi dengan saudara-mara yang ramai, memang bising duduk atas bas tuu. Dah macam buat kenduri pulak. Hewhew. Banyak tempat yang kami lawati. Paling popular mestilah ladang strawberi dan ladang teh. Borong habis kat sana.

Paling Najwa tak lupa time pagi, waktu Subuh. Banyak yang tak mandi tau. Kitorang hanya cuci muka dan gosok gigi jee. Tahu kenapa? Air kat Pahang tuu sejuk macam air ais! Air kat Kedah ni waktu pagi tak ada laa sejuk sangat. Waktu tengah hari baru kitorang mandi sebab waktu tuu panas. Mandi air sejuk macam air ais memang best laa waktu tengah hari. Macam mana laa orang Pahang mandi waktu pagi, ehh? Mungkin diorang dah biasa kott. Hee.

So, sampai sini jee laa kenangan yang Najwa ceritakan. Maaf laa kalau terlalau panjang. Hee. 

Assalamualaikum^^


ツ Thank you for visiting Najwa's Blog ツ
Feel free to Like, Tweet and G+ ^^

3 comments:

  1. datang dari segmen yg sama :) best nyee ..

    http://studentkecik.blogspot.com/2013/04/segmen-kenangan-terindah-by-usu.html

    ReplyDelete
  2. salam deear..tq join segmen akak..bestnye pegi Cameron..bila le usu dpt pegi situ kn..hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum and Hi ツ
Thanks for visit here and please
feel free to drop your positive comment ツ ^^

Copyright © 2012 - 2013 . All Rights Reserved by Najwa Ayuni .